skip to Main Content

“YA ALLAH, RAHMATILAH ORANG BERCUKUR (SAAT TAHALLUL)”

Maksud Dari Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم: “Ya Allah, rahmatilah orang bercukur (saat tahallul)”

Soalan:

Apa maksud Nabi صلى الله عليه وسلم dalam sabdanya: Semoga Tuhan merahmati orang yang mencukur kepalanya (tahallul), diulang sebanyak 3 kali? Adakah Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم sering mencukur kepalanya saat melakukan haji?

Jawapan:

Nabi صلى الله عليه وسلم mendoakan rahmat belas kasihan serta pengampunan sebanyak 3 kali untuk mereka yang mencukur kepala, dan satu kali untuk mereka yang hanya memotong pendek.

Dia berkata: Ya Allah, rahmatilah orang yang bercukur. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, dan orang yang memotong pendek? Dia berkata: Ya Allah, rahmatilah orang yang bercukur. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, dan orang yang memotong pendek? Dia berkata: dan orang yang memotong pendek[1] dan dalam riwayat lain: Ya Allah, ampunkanlah mereka[2].

Ini menunjukkan bahawa mencukur lebih baik bagi orang yang datang untuk menunaikan haji, bermaksud mencukur adalah lebih baik (afdhal).

Adapun Umrah, jika waktunya hampir dengan Haji, maka memendekkan sahaja adalah lebih baik supaya ada rambut yang berbaki untuk dicukur ketika Haji. Justeru bagi mereka yang mengerjakan umrah yang waktunya berdekatan dengan Haji maka dia harus memendekkannya, sebagaimana Nabi صلى الله عليه وسلم memerintahkan para sahabatnya untuk memendekkannya dan meninggalkan sisa untuk dicukur.

Akan tetapi jika jarak umrah haji jauh tempoh waktunya, seperti umrah Ramadan atau Sya’ban, maka mencukur lebih baik. Yakni semasa haji dicukur juga, dan ini adalah yang terbaik. Sekiranya memotong pendek juga tidak mengapa. Semua ini adalah untuk lelaki.

Bagi wanita, dia tidak perlu mencukur, tetapi dia mesti memotong sedikit dari setiap bahagian rambut, atau dari mana-mana hujung rambut/sanggul.[3]

 


Sumber: shorturl.at/ekpLM

[1] Hadis riwayat al-Bukhari, no 2293. Kitab Haji, Bab mencukur dan memendekkan saat tahallul.
[2] Hadis riwayat Ahmad, no 2293. Kitab Musnad Sahabat Yang Banyak Meriwayatkan Hadis, 
[3] Koleksi fatwa dan artikel Syeikh Ibn Baz 25/299)

Pakej Umrah & Haji Terkemuka di Malaysia
Platfrom inisiatif untuk membantu para bakal jemaah haji dan umrah yang dibangunkan oleh Akram Afifi Holdings Sdn Bhd. Ikuti kami di media sosial yang tertera di bawah.

Copyright © umrahhaji.com - All Rights Reserved.

Back To Top