Zam zam dan Sunnah yang terpinggir…
Telah dinyatakan sebelum ini bahawa antara sunnah dalam cara meminum air zam zam adalah تضلع منه perkataan ‘Tadhollu” dari air zam zam bermaksud meminumnya dengan banyak, sehingga memenuhi ruangan perut dan sehingga terasa penuh. Ini tidaklah memudaratkan insya Allah tidak seperti air selainnya. Seorang muslim melakukannya kerana mengikuti contoh baginda صلى الله عليه وسلم.
Adapun munafik tidak akan melakukan demikian kerana sudah semestinya mereka tidak beriman dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu mereka takut akan memudaratkan.
Dari Ibn Abbas رضي الله عنهما bahasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
إن اية ما بيننا وبين المنافقين انهم لا يتضلعون من زمزم
Beza dari tanda orang orang munafik dan kita bahawasanya mereka tidak يتضلعون meminum air zam zam dengan banyak sehingga penuh. (Ibn Majah)
Dari Ibn Abbas رضي الله عنهما bahawa Nabi bersabda:
التضلع من ماء زمزم براءة من النفاق
Perbuatan meminum air zam zam dengan تضلع dengan banyak sekali menyelamatkan dari sifat nifaq . (Akhbar Makkah, al Suyuthi dalam al Jami’ al Saghir)
Para ulamak menyatakan cara meminum ini merupakan suatu sunnah yang مهجورة iaitu sunnah yang ditinggalkan oleh ramai orang Islam.
Sesungguhnya perbuatan تضلع meminum air zam zam dengan banyak sehingga memenuhi perut mempunyai banyak faedah kesihatan.
Al Imam Ibn al Qayyim kata:
وقد جربت أنا وغيري من الاستشفاء بماء زمزم أموراً عجيبة واستشفيت به من عدة أمراض فبرأت بإذن الله …
زاد المعاد ( 4 / 319 ، 320 ) .
“Aku telah mencubanya dan mereka yang selain aku dengan istisyfa’ (sebagai penawar) dengan air zam zam dan banyak perkara yang ajaib. Aku menjadikannya penawar kepada pelbagai penyakit maka sembuh dengan izin Allah…
Berkata Syeikh Ibn Utsaimin:
Maka sepatutnya berniatlah dengan apa yang anda sukai dan يتضلع منه iaitu dengan meminumnya sehingga perutnya penuh kerana air ini adalah air yang penuh kebaikan…
Ini kerana air zam zam rasanya tidaklah ‘fresh’ dan sedap bahkan rasanya payau. Orang orang mukmin tidaklah meminumnya melainkan iman dan percaya ianya ada keberkatan, maka perbuatan تضلع meminum air zam zam dengan banyak sehingga memenuhkan perut dengannya adalah tanda keimanan. (Al Syarh al mumti’).
Antara hikmah walaupun airnya terasa payau tidak seperti air lainnya tetap ianya diminum oleh orang yang beriman merupakan perkara تعبدي semata mata kerana Allah عزوجل .
Wallahu a’lam
Sumber: facebook Mohd Khairil Anwar
Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri