Soalan:
Saya bekerja di Riyadh di Arab Saudi, saya kembali dari Mesir ke tempat kerja saya di Riyadh, dan saya bersama keluarga, kami bermalam di Riyadh. kemudian kami pergi ke Makkah untuk mengerjakan umrah di bulan Ramadhan, dan duduk di Makkah hingga waktu haji. Kami telah berihram dari miqat As-sail , dan apabila masuk bulan haji kami melakukan umrah (haji tamattuk) dan kami berihram untuk mengerjakan umrah dari luar had tanah haram dari Mekah, dan sepanjang bulan haji, kami telah keluar untuk menziarahi masjid nabawi sekali, kemudian kami kembali semula ke tempat duduk kami di Mekah untuk menunggu haji. Adakah langkah-langkah ini betul?
Jawapan:
Alhamdulilllah wassolatu wassalamu ala rasulillah wa ala alihi wasahbihi:
Apa yang kalian kerjakan adalh betul kecuali keluar ke Madinah setelah umrah tamattu’; kerana para fuqaha’ telah berselisih pendapat bagi sesiapa yang melakukan umrah secara tamattu’ pada bulan haji, kemudian musafir sebelum tibanya hari tarwiyah pada jarak qasar, adakah tamattu’nya putus dan diwajibkan baginya untuk berihram ketika dia kembali ke Mekah? Atau dia tidak perlu berihram? Ada dua pendapat, rujuk fatwa: bab Umrah tamattu’ kemudian keluar dalam jarak qasar sebelum mengerjakan haji.
Dan kamu hendaklah mengambil pendapat yang mengatakan kekal tamattu’ hingga hari tarwiyah, dan berihram haji, jika kamu memasuki Mekah tanpa ihram ketika kamu pulang dari Madinah, walaupun ini bukan pendapat rajih, mengambil pendapat yang marjuh selepas melakukan perbuatan tersebut, dan tidak perlu membetulkannya(dimaafkan) mengikut pendapat majoriti ulama, rujuk fatwa: bab Jemaah umrah menetap pada bulan Ramadhan untuk musim haji.
Wallahua’lam
Untuk info lebih lanjut Panduan Umrah dan Haji yang lengkap dan terkini, download aplikasi UmrahHaji.com di GooglePlay, Apple Appstore, dan Apps Galeri.